ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Tuesday, January 5, 2010

Pemberitahuan Penting - Pendaftaran Kursus bagi Bahagian 4

Pihak Fakulti sedang mengalami gangguan sistem bagi pendaftaran kursus untuk pelajar-pelajar lepasan diploma yang tidak dapat mendaftar kursus secara online. Sehubungan itu, pihak fakulti terpaksa memohon para pelajar membuat pendaftaran seperti berikut:-

Kumpulan A,B dan C adalah untuk pelajar-pelajar Fast track

Kumpulan D dan E adalah untuk pelajar-pelajar lepasan DIA (pelajar yang baru mendaftar masuk pada 2 Januari lepas)

Kumpulan F,G,H,I,J,K,L,M,N,P adalah untuk lepasan matrikulasi dan lepasan DIB/DBS/DAIS.


Sekiranya ada pelajar matrikulasi yang telah mendaftar di kumpulan D & E, sila mendaftar semula pada kumpulan yang ditetapkan seperti diatas.
Bagi kumpulan D dan E, senarai nama akan diumumkan secepat mungkin. Sila semak pengumuman yang akan diumumkan di blog ini.

Segala kesulitan amat dikesali.