ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Wednesday, January 6, 2010

Info Terkini bagi Pendaftaran Kursus

Terdapat beberapa perubahan serta maklumat penting mengenai jadual waktu serta penambahan kumpulan dan kursus seperti berikut:-

1) Kumpulan AC2205H
Tiada perubahan pada jadual waktu yang dipamerkan. Walaubagaimanapun, terdapat masalah teknikal dengan pendaftaran kursus TAX490 dan IBM535 bagi AC2205H.
Oleh itu, pelajar yang ingin mendaftar TAX490 dan IBM535 didalam kumpulan AC2205H, anda dibenarkan mendaftar secara manual dengan mengisi borang yang ditempatkan di Makmal Komputer Tingkat 12 dan sila hadirkan diri ke kelas-kelas tersebut dengan dengan serta merta.

2) FAR500
Sebanyak tiga kumpulan tambahan telah dibuka bagi kursus FAR500 iaitu kumpulan AC2208G, AC2208N dan AC2208P.
Jadual waktu bagi kumpulan tersebut boleh diakses melalui sistem icress
(sekiranya berfungsi dengan baik)dan ditampal di papan notis kenyataan Fakulti.
Pelajar-pelajar yang belum menduduki/mengulang FAR500, sila daftar dalam salah satu kumpulan diatas untuk semua subjek Part 8.

3) Kumpulan AC2204H
Kumpulan ini adalah dikhaskan untuk pelajar yang menduduki BEL 432.
Kepada pelajar yang tidak mengambil kursus BEL432, anda dikehendaki daftar ke kumpulan lain.

4) AC2204P
Kumpulan ini dikhaskan kepada pelajar-pelajar lepasan DAIS/DIB/DBS. Sekiranya anda tidak tergolong didalam kumpulan ini dan telah pun mendaftar didalam kumpulan ini, sila daftar di kumpulan yang lain. (sila rujuk pengumuman yang terdahulu)

5) Kursus MAF620
Sebanyak dua kumpulan tambahan telah dibuka bagi kursus MAF620 iaitu kumpulan AC2206P dan AC2206Q.Bagi mengelakkan pertindihan jadual waktu, pelajar dikehendaki mendaftar semua subjek dalam kumpulan AC2206P dan AC2206Q.

6) Kursus FAR315
Kumpulan AC2204P telah dibuka bagi kursus FAR315.Bagi mengelakkan pertindihan jadual waktu, pelajar dikehendaki mendaftar semua subjek dalam kumpulan AC2204P.

Saya ingin memohon maaf diatas segala kesulitan yang berlaku. Kerjasama yang diberikan oleh para pelajar amatlah dihargai.