ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Thursday, February 17, 2011

Pra-pendaftaran Intersesi

Pra-pendaftaran intersesi telah dibuka. Sehubungan itu, pelajar yang berminat untuk mengikuti program intersesi ini diminta untuk membuat pra-pendaftaran secara online dalam portal pelajar masing-masing selewat-lewatnya pada 21 Februari 2011 (Isnin).

Pihak Fakulti akan menentukan kod kursus (subjek) yang akan ditawarkan kemudian. Setakat ini, hanya kod kursus (subjek) FAR600 yang telah diputuskan untuk ditawarkan pada Intersesi ini. Bagi subjek FAR600, pelajar-pelajar yang telah memberi nama mereka kepada Ketua Program pada awal semester, perlu juga untuk mendaftar secara online. Untuk makluman pelajar, kod kursus (subjek) MAF640 dan FAR400 tidak akan ditawarkan untuk Intersesi berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Lembaga Akademik Fakulti.

Intersesi ditawarkan kepada pelajar dengan tujuan untuk menamatkan pengajian dalam tempoh pengajian yang ditetapkan dalam Pelan Pengajian dengan syarat:-
* Pelajar merupakan pelajar sepenuh masa sahaja
* Pelajar mengambil maksimum dua kod kursus (subjek) sahaja
* Bilangan permohonan untuk mengikuti sesuatu kod kursus (subjek) tidak kurang dari 15 orang

Peperiksaan Intersesi hanya boleh diduduki oleh pelajar yang telah mendaftar dan membayar yuran sahaja. Yuran Intersesi ialah sebanyak RM200 untuk setiap subjek.

Status YY (tidak menduduki peperiksaan tanpa kebenaran dan akan menjejaskan CGPA) akan diberi kepada pelajar yang telah mendaftar dan membayar yuran untuk mengikuti program Intersesi tetapi tidak menghadiri kuliah dan/atau peperiksaan tanpa kebenaran bertulis daripada Dekan/Pengarah Kampus. Yuran Intersesi tidak akan dikembalikan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui FaceBook ABACCS 2010 UITM SHAH ALAM.

Tuesday, February 15, 2011

Makluman Penting - Pelajar Part 2 AC220 (normal track)

Seorang pelajar AC220 Part 2 yang ada berjumpa dengan Ketua Program pada 14 Februari lalu mengenai masalah subjek BEL462, anda dikehendaki untuk berjumpa semula dengan Ketua Program selewat-lewatnya pada 18 Februari 2011.

Monday, February 7, 2011

Finishing School - Part 8

Pelajar Part 8 diwajibkan menghadiri Program Finishing School pada 12 Februari 2011 (Sabtu) dan 13 Februari 2011 (Ahad) dari jam 8.00pagi bertempat di Dewan Kuliah 1 dan Dewan Seminar.