ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Thursday, June 24, 2010

Pendaftaran Subjek bagi semester Julai 2010

Sistem pendaftaran subjek telah pun dibuka. Pelajar bolehlah mendaftar sendiri subjek yang akan diambil seperti semester lepas. Mohon kerjasama pelajar untuk mendaftar semua subjek dalam kumpulan yang sama supaya kesesakan kumpulan tidak berlaku. Seperti contoh:-

Bahagian 5
AIS 510 - E
FAR 430 - E
IBM 535 - E
LAW 485 - E
MAF 620 - E
TAX 490 - E

Bagi pelajar lepasan DAIS/DIB/DBS/DIIA, subjek yang diambil tidak semestinya dalam bahagian/part yang sama. Oleh itu, sila daftar kod kursus dalam setiap bahagian dalam kumpulan yang sama seperti contoh berikut:-

Bahagian 5
FAR 430 - E
LAW 485 - E
MAF 620 - E
TAX 490 - E
BEL 492(subjek bhgn 4)- G
MGT 534(subjek bhgn 4)- G

Bagi bahagian 4, 5, 6 dan 8, pelajar BAcc normal track tidak dibenarkan mendaftar dalam kumpulan A,B,C dan D kerana kumpulan tersebut adalah ditetapkan untuk kumpulan fast track.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, pelajar bolehlah menghubungi saya di talian 03 55444916 mulai 28 Jun 2010. Sekiranya telefon pejabat tidak berjawab, kemungkinan pada waktu itu saya sedang menghadiri mesyuarat dan pelajar dinasihatkan untuk tidak menghubungi atau sms saya melalui telefon bimbit. Ini adalah kerana sekiranya saya tiada di pejabat, saya tidak mempunyai kemudahan untuk mengakses dalam sistem ISIS bagi membantu pelajar di dalam masalah pendaftaran. Oleh itu,saya tidak dapat membantu pelajar sekiranya pelajar menghubungi atau sms saya melalui telefon bimbit.

Mohon kerjasama semua pelajar bagi pendaftaran subjek agar kuliah dapat berjalan dengan lancar.