ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Tuesday, August 4, 2009

Invention, Innovation & Design Competition 2009


Accounting Research Institute (ARI) dan Fakulti Perakaunan akan mengadakan pertandingan Invention, Innovation and Design (IID) peringkat Fakulti pada 28 & 29 September 2009 bertempat di ruang legar tingkat 12, Fakulti Perakaunan.

Semua pelajar dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Sebarang idea/produk rekacipta anda (cth: accounting games, CGPA planner, etc.) boleh dipertandingkan sama ada secara individu atau berkumpulan.

Pelajar yang berjaya dalam pertandingan peringkat Fakulti seterusnya akan mewakili Fakulti ke peringkat UiTM dalam pertandingan IID UiTM, Januari 2010. Kejayaan di peringkat UiTM akan melayakkan peserta untuk ke pertandingan peringkat kebangsaan (ITEX, MTE, PECIPTA etc.) dan antarabangsa (Geneva, Pittsburgh, Seoul etc.).

Borang penyertaan boleh di perolehi di pejabat akademik Fakulti Perakaunan (Tingkat 11) ataupun di bilik Ketua Program. Borang yang telah siap diisi hendaklah di pulangkan kepada Ketua Program: Puan Intan (Normal Track), En. Ezrien (Fast Track) sebelum 31 Ogos 2009.
Harap Maklum

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2009 (Kelolaan JPA)

Bidang: Sarjana dan PhD di dalam dan luar negara
Keterangan, syarat dan borang permohonan boleh di dapati (mulai 24 Ogos 2009)di:
www.jpa.gov.my
http://esila.jpa.gov.my

Pertanyaan:
03-88853436/3892
E-mail esila@jpa.gov.my

Sunday, August 2, 2009

MICPA

Kepada Semua Pelajar
PART 6 (Fast Track @ Normal Track)
Yang Berminat Untuk Mengikuti

“PROGRAM MICPA”

Pada Semester Januari 2010
Sila Ambil Dan Hantar
Borang Permohonan
Pada/Sebelum 10 Ogos 2009

Di Kaunter Pejabat Tingkat 14
*** NOTA: Bagi pelajar yang mendapat CGPA > 3.3, pihak PETRONAS sedia untuk membiayai pengajian program MICPA.

FAR 265 DAIS Semester 3

Mesyuarat Lembaga Akademik Fakulti berkaitan pengecualian kredit telah memustuskan bahawa mulai semester ini, FAR 265 diberikan pengecualian kredit kepada pelajar lepasan DAIS kemasukan JUlai 2009. Harap Maklum.