Mesyuarat Lembaga Akademik Fakulti Perakaunan telah meluluskan kod-kod kursus seperti berikut bagi Program Intersesi semester ini:-
FAR 430
FAR 500
FAR 600
AUD 390
TAX 370
AIS 510
AIS 630
Untuk makluman para pelajar, mesyuarat juga memutuskan bahawa kod kursus FAR 400, MAF 640 dan FAR 360 tidak akan ditawarkan dalam Program Intersesi.
Hanya pelajar yang layak sahaja yang akan dibenarkan menjalani Program Intersesi. Senarai pelajar dipaparkan di papan notis Tingkat 4, 8, 10 dan 11.
Pendaftaran on-line bagi pelajar yang layak menjalani Program Intersesi (nama seperti dalam senarai) akan dibuat oleh pihak fakulti seperti berikut:-
1.Pendaftaran on-line oleh pihak fakulti
2.Mulai 1 April 2010, pelajar cetak salinan pendaftaran kursus intersesi dari student’s portal
3.Mulai 19 April 2010, pelajar cetak bil pembayaran dari student’s portal dan membuat pembayaran di Bank Islam sebelum 5 Mei 2010.
4.Satu salinan slip pembayaran & salinan pendaftaran kursus intersesi diserahkan di kaunter pejabat fakulti tingkat 12 sebelum 7 Mei 2010.
Peringatan: Hanya pelajar yang terdapat didalam senarai sahaja yang akan dibenarkan menduduki Program Intersesi. Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada Ketua Program selewat-lewatnya pada 31 Mac 2010 (Rabu).