ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Tuesday, March 30, 2010

Ekspo Inovasi dan Kreativiti Universiti Malaya 2010

Universiti Malaya (UM) akan menganjurkan Ekspo Inovasi dan Kreativiti Universiti Malaya 2010 pada 1 hingga 3 April 2010 bertempat di Dewan Tunku Canselor (DTC), UM.

Bertemakan “Teknologi Hijau”, ekspo ini bertujuan untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti di kalangan siswazah, penyelidik, pensyarah dan rakyat Malaysia secara umumnya dan juga sejajar dengan hasrat UM untuk menjadi peneraju dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Ekspo yang berlangsung selama 3 hari ini merupakan satu manifestasi UM dalam memberi sokongan yang berterusan kepada usaha kerajaan untuk mempromosi teknologi hijau dalam kehidupan seharian bagi memelihara planet bumi.
Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berinovasi dan seterusnya membantu merealisasikan cita-cita kerajaan untuk menjadikan inovasi sebagai pemacu utama ekonomi negara melalui pengkomersilan hasil penyelidikan.
Pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan sepanjang ekspo ini berlangsung seperti ujian IQ, sudut pidato, pertunjukan kebudayaan, cabutan bertuah, pertandingan fotografi dan lain-lain lagi.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat di talian 03-26173190/3195/3196 atau layari laman web http://www.umexpo.um.edu.my