ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Tuesday, March 30, 2010

Ekspo Inovasi dan Kreativiti Universiti Malaya 2010

Universiti Malaya (UM) akan menganjurkan Ekspo Inovasi dan Kreativiti Universiti Malaya 2010 pada 1 hingga 3 April 2010 bertempat di Dewan Tunku Canselor (DTC), UM.

Bertemakan “Teknologi Hijau”, ekspo ini bertujuan untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti di kalangan siswazah, penyelidik, pensyarah dan rakyat Malaysia secara umumnya dan juga sejajar dengan hasrat UM untuk menjadi peneraju dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Ekspo yang berlangsung selama 3 hari ini merupakan satu manifestasi UM dalam memberi sokongan yang berterusan kepada usaha kerajaan untuk mempromosi teknologi hijau dalam kehidupan seharian bagi memelihara planet bumi.
Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berinovasi dan seterusnya membantu merealisasikan cita-cita kerajaan untuk menjadikan inovasi sebagai pemacu utama ekonomi negara melalui pengkomersilan hasil penyelidikan.
Pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan sepanjang ekspo ini berlangsung seperti ujian IQ, sudut pidato, pertunjukan kebudayaan, cabutan bertuah, pertandingan fotografi dan lain-lain lagi.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat di talian 03-26173190/3195/3196 atau layari laman web http://www.umexpo.um.edu.my

Career Market Day 2010

How high can you fly?
A career in finance, accounting or business can take you far. As one of the world's leading professional accounting bodies, CPA Australia can help you map your career. Explore your future at Global Opportunities - Career Market Day 2010.
This event is your perfect chance to:
+ meet top employers
+ discover job opportunities
+ find out what it takes to become a successful job applicant
+ enhance your resume at the Jobstreet.com Resume Clinic
+ Bring along your resume, testimonials and certificates for potential interview opportunities
+ obtain your complimentary Employer Guide
+ learn about all the benefits of CPA Program and membership


Who should be aboard?
Studying, graduating this year, recently graduated or thinking of a career change? Global Opportunities - Career Market Day 2010 brings you advice, information and connections to career success in finance, accounting or business.


When and where
+ Saturday 10 April 2010, 10.00am - 5.00pm
+ Ballroom, Level 5, The Gardens Hotel & Residences, The Gardens, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
+ Dress code is smart casual

Discover even more benefits with
CPA Passport
All tertiary students and fresh graduates are encouraged to join CPA Passport -
CPA Australia's global student network.

There is no fee to join and best of all, you'll gain access to a wide range of resources, networking opportunities, ongoing training and work experience programs.

Sign up at:
cpaaustralia.com.au/students

Money Tree Entrepreneurship Programme

Pelajar yang telah mendaftar nama bagi program tersebut diminta hadir pada:-

Tarikh: 4 April 2010
Tempat; AC 1050
Masa: 9.30 pagi – 5.00 petang

Pelajar dikehendaki membuat pembayaran sebanyak RM30 kepada Puan Intan Waheedah (017 3566323) sebelum 2 April 2010.

Senam Seni 1 Malaysia

Acara senamrobik tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:-
Tarikh: 8 April 2010
Masa: 4.30 - 5.30 petang
Tempat: Dataran Menara SAAS
Pakaian: Pakaian Sukan

Semua staf, pensyarah dan pelajar Fakulti Perakaunan dijemput hadir.
Kehadiran diwajibkan kepada semua pelajar bahagian 2 dan 4.

Pendaftaran Kod Kursus Semester Julai-November 2010

Sila abaikan arahan di Student Portal UiTM bagi tujuan pendaftaran kerana pendaftaran kod kursus untuk semua pelajar Fakulti Perakaunan bagi semester Julai-November 2010 akan dilakukan oleh pihak fakulti.

CTU553

Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) akan mengadakan kuliah pengukuhan akademik kepada pelajar yang mengambil kursus CTU553 seperti butiran di bawah:-
Tarikh: 8 April 2010
Masa: 8.00-10.30 malam
Tempat: Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam
Penceramah: Dr. Mohd Ridzuan Tee Abdullah

Pelajar-pelajar yang mengambil kod kursus CTU553 pada semester ini diwajibkan hadir.

Wednesday, March 24, 2010

Program Intersesi 17 May – 18 June 2010

Mesyuarat Lembaga Akademik Fakulti Perakaunan telah meluluskan kod-kod kursus seperti berikut bagi Program Intersesi semester ini:-

 FAR 430
 FAR 500
 FAR 600
 AUD 390
 TAX 370
 AIS 510
 AIS 630

Untuk makluman para pelajar, mesyuarat juga memutuskan bahawa kod kursus FAR 400, MAF 640 dan FAR 360 tidak akan ditawarkan dalam Program Intersesi.

Hanya pelajar yang layak sahaja yang akan dibenarkan menjalani Program Intersesi. Senarai pelajar dipaparkan di papan notis Tingkat 4, 8, 10 dan 11.

Pendaftaran on-line bagi pelajar yang layak menjalani Program Intersesi (nama seperti dalam senarai) akan dibuat oleh pihak fakulti seperti berikut:-

1.Pendaftaran on-line oleh pihak fakulti
2.Mulai 1 April 2010, pelajar cetak salinan pendaftaran kursus intersesi dari student’s portal
3.Mulai 19 April 2010, pelajar cetak bil pembayaran dari student’s portal dan membuat pembayaran di Bank Islam sebelum 5 Mei 2010.
4.Satu salinan slip pembayaran & salinan pendaftaran kursus intersesi diserahkan di kaunter pejabat fakulti tingkat 12 sebelum 7 Mei 2010.


Peringatan: Hanya pelajar yang terdapat didalam senarai sahaja yang akan dibenarkan menduduki Program Intersesi. Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada Ketua Program selewat-lewatnya pada 31 Mac 2010 (Rabu).

Sunday, March 7, 2010

Perjumpaan Dengan Pelajar Acc220 Bahagian 6

Satu perjumpaan akan diadakan dengan pelajar bahagian 6 seperti berikut:-

Tarikh: 9 Mac 2010
Masa: 12.30 - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Kuliah 1

INTERSESI MEI 2010 AC220 – Normal Trek

Pelajar yang berminat untuk mendaftar kod kursus bagi Intersesi Mei 2010, sila mendaftar kod kursus yang ingin diikuti seperti butiran berikut:-

Tempat Pendaftaran: Kaunter Pejabat Fakulti Tingkat 12
Tempoh Pendaftaran: 8 Mac – 12 Mac 2010
Masa: Waktu pejabat

Untuk makluman semua, Intersesi akan bermula pada 14 Mei 2010 hingga 18 Jun 2010

Thursday, March 4, 2010

Program Finishing School - Pelajar Bahagian 8

Pelajar-pelajar bahagian 8 diwajibkan menghadiri program Finishing School seperti butiran berikut:-

Tarikh: 6 & 7 Mac 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah 1 & 3

Pengisian program tersebut pada minggu ini adalah:-
*Branding Yourself & Current Market Senario
*Effective Communication Skills Toward Excellent Interiew Performance
*Resume For Your Dream & Interview Skills
*Critical & Creative Thinking
(Semua sesi tersebut akan dikendalikan oleh penceramah luar)

Kemudahan makmal komputer akan disediakan bagi memudahkan pelajar menyediakan resume dan pelajar perlu menghantar resume mereka kepada pihak fakulti pada 10 Mac 2010.
Resume tersebut akan diedarkan kepada syarikat-syarikat luar dan sesi temuduga dengan syarikat-syarikat tersebut akan diadakan pada 14 Mac 2010. Sehubungan itu, adalah penting bagi pelajar untuk menghadiri program Finishing School ini sekiranya pelajar tidak mahu melepaskan peluang-peluang pekerjaan yang ada.