ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Sunday, January 4, 2009

Prosedur menumpang kelas PLK

To all students:

Menumpang kelas PLK hanya dibenarkan kepada pelajar repeaters/droppers yang tidak dapat mendaftar sesuatu subjek kerana clash dengan subjek lain (time table harus disemak secara keseluruhan). Kelas penuh bukan alasan untuk menumpang PLK tetapi pelajar harus berjumpa KP untuk menambah bilangan pelajar dalam kelas. Jika tidak boleh, KP akan memberi arahan apa yang perlu dibuat. Saya dapati, ada pelajar yang sengaja ingin menumpang kelas PLK kerana tidak mahu kelas waktu pagi ataupun kerana bekerja part time.

Prosedur menumpang kelas PLK:
1. Pelajar harus berjumpa KP untuk menentukan sama ada mereka layak menumpang kelas PLK

2. Jika layak, pelajar akan diarahkan berjumpa dengan koordinator PLK iaitu Encik Adnan. Sila buat satu surat permohonan menumpang kelas PLK dan majukan kepada En. Adnan. Anda kemudiannya akan diarahkan oleh En. Adnan untuk mendapatkan tandatangan pensyarah yang mengajar, tandatangan KP dan pastikan salinan asal diberikan kepada Encik Adnan dan satu salinan kepada KP.

3. Apabila proses selesai, anda boleh masuk kelas PLK.

4. Koordinator akan membuat dummy group untuk pelajar daftar subjek yang terlibat (anda tidak boleh mendaftar subjek dalam group PLK kerana status PLK adalah part time). Sila tunggu arahan KP melalui notis dan laman blog berkenaan kumpulan dummy yang perlu anda daftarkan bagi subjek menumpang PLK tersebut.

AWAS!! kegaglan anda mendaftar dalam group yang betul akan menyebabkan subjek tersebut akan digugurkan secara automatik apabila sistem ditutup.