ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Tuesday, January 4, 2011

Intersesi Mei 2011 - FAR 600

Subjek FAR600 akan ditawarkan bagi Intersesi Mei 2011. Sebanyak 2 kumpulan FAR600 akan dibuka untuk intersesi tersebut. Sehubungan itu, pelajar Part 8 yang mengambil FAR450 semester Dec-Apr 2011 amat digalakkan untuk mengambil FAR600 semasa intersesi tersebut. Ini bagi meringankan bebanan pelajar sekaligus dapat meningkatkan prestasi CGPA mereka.

Pelajar bolehlah mendaftar secara manual dengan menulis nama mereka di senarai yang disediakan di kaunter 2, Tingkat 12, Fakulti Perakaunan selewat-lewatnya pada 5 Januari 2011 (Khamis) @ sebelum 4.30 petang.

Setakat ini hanya subjek FAR600 dikenalpasti untuk ditawarkan bagi Intersesi Mei 2011.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.ac220nt.blogspot.com