ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Thursday, January 27, 2011

MESYUARAT KHAS TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP & ALUMNI) BERSAMA TIMBALAN DEKAN (PELAJAR & ALUMNI) DAN PENGARAH FASILITI

TNC (HEP & Alumni) berhasrat untuk membawa isu-isu berkaitan fasiliti dan kemudahan pelajar bersemuka dengan Bahagian Pengurusan Fasiliti (rujuk emel dibawah). Oleh itu, sekiranya ada aduan pelajar atau apa-apa keperluan yang boleh dipanjangkan kepada Bhg. Fasiliti, untuk keselesaan pelajar terutamanya di Fakulti Perakaunan, sila email kepada norli795@salam.uitm.edu.my

Wednesday, January 26, 2011

Tarikh-tarikh Akhir untuk Perhatian Pelajar

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi makluman dan tindakan pelajar:-

  • Tarikh akhir pendaftaran - 28 Januari 2011
    Sekiranya pelajarmemerlukan khidmat Ketua Program, tarikh akhir berjumpa dengan beliau adalah pada 28 Januari 2011 sebelum 12.00 tengah hari.
  • Tarikh akhir pembayaran yuran - 31 Januari 2011Sekiranya pembayaran dibuat melalui ATM/online, mohon pelajar menyimpan slip transaksi sebagai bukti pembayaran
  • Tarikh akhir validasi subjek - 8 Februari 2011 
  • Pelajar perlu menyerahkan satu salinan validasi subjek ke Pejabat Akademik, Fakulti Perakaunan, Tingkat 11 Menara SAAS sebelum 11 Februari 2011.       

Job Vacancy for Account Executive

We are a growing and expanding IT company are looking for Account Executive

to be joining our team.

1. Requirements:

a. Candidate must possess at least Diploma or Degree or its equivalent in
related fields

b. 1-2 years experiences in related field. Fresh graduates are encourage to
apply.

c. Candidate must be able to communicate in English and Bahasa Malaysia
fluently

d. Proficient in Microsoft Excel, Word, PowerPoint,Outlook

e. Knowledge in UBS Software is an added advantage

f. Able to work immediately

g. Interesting Personality

Interested candidates are invited to send their application (Resume and
Cover Letter, mentioning the position) to eifa@armaya.net / putri@acsb.biz
before the 11th February 2011

Only shortlisted candidates will be notified.

Armaya System (M) Sdn Bhd
11-2, Jln Ara SD 7/3A, 52200, Kuala Lumpur
03-62802544

Kelas Kemahiran Maklumat Pangkalan Data Dalam Talian (PDDT) & E-Books

Adalah dimaklumkan bahawa PTAR akan mengadakan Kelas Kemahiran Maklumat bagi Pangkalan Data Dalam Talian & E-Books Dalam Langganan PTAR seperti ketetapan berikut:-


Tarikh : 31 Januari 2011
Tempat : Pusat IT, PTAR 1
Nama Pangkalan Data Dalam Talian : Lexis Nexis@Academic Universe & ProQuest/ABI INFORM Complete
Nama E-Books : NetLibrary
Penceramah : En. Mohamad Masrum Abas

(Pegawai Perhubungan Perpustakaan Fakulti Perakaunan)

Untuk makluman, Kelas Kemahiran PDDT & e-books ini adalah khusus untuk para pensyarah & pelajar Fakulti Perakaunan di mana, asas kemahiran dan teknik pencarian maklumat secara berkesan akan diajar bagi membantu para pensyarah & pelajar mendapatkan maklumat ilmiah melalui sumber PDDT dan e-books yang dilanggan bagi membantu proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Sunday, January 23, 2011

Pelajar menumpang Kelas PLK

Pelajar sepenuh masa yang menumpang kelas PLK adalah seperti senarai berikut:- 
No
Nama
Matrik Id
Part
Kod Kursus
1
RINA ADLINA MOHAMAD JOHARI
2007122493
9
TAX 490
2
MAZNI MOHAMMAD AYUB
2007296654
7
FAR500, ECO555
3
MUHAMMAD SYAWALLUDDIN
2006696231
10
AUD 610, MAF 640
4
NOOR AZWANI ISMAIL
2006698202
9
FAR500


Pelajar yang menumpang kelas PLK dan tiada dalam senarai diatas, sila berjumpa dengan Ketua Program selewat-lewatnya pada 28 Januari 2011 (Jumaat) bagi tujuan pendaftaran subjek.

Tuesday, January 4, 2011

Intersesi Mei 2011 - FAR 600

Subjek FAR600 akan ditawarkan bagi Intersesi Mei 2011. Sebanyak 2 kumpulan FAR600 akan dibuka untuk intersesi tersebut. Sehubungan itu, pelajar Part 8 yang mengambil FAR450 semester Dec-Apr 2011 amat digalakkan untuk mengambil FAR600 semasa intersesi tersebut. Ini bagi meringankan bebanan pelajar sekaligus dapat meningkatkan prestasi CGPA mereka.

Pelajar bolehlah mendaftar secara manual dengan menulis nama mereka di senarai yang disediakan di kaunter 2, Tingkat 12, Fakulti Perakaunan selewat-lewatnya pada 5 Januari 2011 (Khamis) @ sebelum 4.30 petang.

Setakat ini hanya subjek FAR600 dikenalpasti untuk ditawarkan bagi Intersesi Mei 2011.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.ac220nt.blogspot.com

Sunday, January 2, 2011

Kaunter Pendaftaran Subjek AC220 Normal Trek

Pelajar yang mempunyai masalah dalam pendaftaran subjek, 2 kaunter akan dibuka di Tingkat 12, Fakulti Perakaunan seperti berikut:-
  • Kaunter 1 - pelajar yang sedang mengulang atau yang pernah mengulang mana-mana subjek AC220
  • Kaunter 2 - pelajar yang tidak mengulang atau tidak pernah mengulang mana-mana subjek AC220  
Kaunter Pendaftaran akan mula dibuka pada hari Isnin hingga Khamis dan dibuka sebanyak 2 sesi iaitu:-
  • Sesi Pagi - 9.00 pagi hingga 12 tengah hari
  • Sesi Petang - 2.30 petang hingga 4.30 petang
Pelajar perlu membawa slip pendaftaran subjek (course registration slip) masing-masing. Pelajar tidak akan dilayan sekiranya gagal untuk membawa slip tersebut.

Kaunter pendaftaran ini hanya dibuka untuk AC220 Normal Trek sahaja. Kerjasama dari pelajar amatlah bermakna agar masalah pendaftaran subjek dapat diselesaikan dan pelajar dapat mengikuti kuliah seperti biasa.