ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Thursday, March 19, 2009

Makluman Intersesi

Situasi bagaimanakah seseorang pelajar boleh menduduki Intersesi?

1. Pelajar yang fail subjek tersebut dan ingin mengulang [Contoh Fail FAR450, ingin mengulang FAR450 ketika Intersesi]

2. Pelajar yang fail kursus pra-syarat menyebabkan pelajar terpaksa drop subjek yang lebih tinggi [Contoh: Pelajar fail FAR450 pada semester lepas. Semester ini, pelajar tidak mengambil FAR500 kerana terpaksa mengulang FAR450. Pelajar ini dibenarkan mengambil Intersesi FAR500 supaya semester hadapan, pelajar tidak ketinggalan dalam subjek FAR berbanding rakan-rakan lain yang tidak gagal]

3. Kes-kes khas yang ditentukan oleh fakulti[Contoh: pelajar terlibat dalam program pertukaran pelajar UiTM-UNISA Australia; 2 kelas AIS 510 terpaksa dibuka kerana kekurangan lab pada semester hadapan akibat daripada pertembungan syllabus halatuju baru (AIS510 diambil pada semester 5) dengan halatuju lama (AIS510 diambil ketika part 6); dan lain-lain kes khas yang ditentukan oleh Fakulti]. * Pelajar tidak dibenarkan menarik subjek semester lebih tinggi ke semester rendah tanpa kebenaran Fakulti.