ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Tuesday, December 23, 2008

Perhatian kepada semua pelajar Normal Track

Memandangkan saya menerima terlalu banyak sms dan panggilan telefon (melebihi 100 setiap hari), hanya sms yang penting sahaja akan dijawab. Untuk memudahkan pelajar, saya telah menyenaraikan subjek-subjek yang perlu didaftarkan oleh pelajar mengikut part. Untuk makluman lain, adalah seperti berikut:

1. Bagi pelajar yang ingin membuat semak semula keputusan peperiksaan, sila ke kaunter tingkat sebelas untuk membuat permohonan. Perlu diberi perhatian, keputusan terkini akan diambil kira. Jika keputusan asal C+, selepas semak semula pelajar mendapat Gred C, maka gred C akan diberikan.

2. Semua pelajar yang mempunyai masalah dalam result practical training, sila berurusan dengan koordinator latihan praktik, Tuan haji rashid.

3. Pelajar yang mengulang subjek tertentu seperti FAR 400 atau FAR 450, anda perlu mendaftar subjek subjek lain dalam kumpulan sama manakala subjek repeat, sila daftar mengikut kesesuaian jadual waktu anda.

3. Permohonan pertukaran kelas kerana ingin mengikut kawan-kawan TIDAK AKAN DILAYAN. Pelajar harus bersikap matang dalam membuat pendaftaran kursus. Jangan terlalu mengikut perasaan untuk memilih kelas. Anda harus maklum bahawa KP terpaksa melayan lebih kurang 1600 orang pelajar Normal Track. Justeru itu, tidak semua permintaan boleh dipenuhi.

4. Diharapkan agar pelajar TIDAK menelefon Ketua Program selepas pukul 8 malam. Ini kerana terdapat pelajar yang menelefon ketua program dan menghantar sms pada pukul 2 pagi (dikhuatiri jawapan yang diberikan oleh KP ketika lewat malam/pagi tidak tepat)

KP