ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Thursday, June 24, 2010

Pendaftaran Subjek bagi semester Julai 2010

Sistem pendaftaran subjek telah pun dibuka. Pelajar bolehlah mendaftar sendiri subjek yang akan diambil seperti semester lepas. Mohon kerjasama pelajar untuk mendaftar semua subjek dalam kumpulan yang sama supaya kesesakan kumpulan tidak berlaku. Seperti contoh:-

Bahagian 5
AIS 510 - E
FAR 430 - E
IBM 535 - E
LAW 485 - E
MAF 620 - E
TAX 490 - E

Bagi pelajar lepasan DAIS/DIB/DBS/DIIA, subjek yang diambil tidak semestinya dalam bahagian/part yang sama. Oleh itu, sila daftar kod kursus dalam setiap bahagian dalam kumpulan yang sama seperti contoh berikut:-

Bahagian 5
FAR 430 - E
LAW 485 - E
MAF 620 - E
TAX 490 - E
BEL 492(subjek bhgn 4)- G
MGT 534(subjek bhgn 4)- G

Bagi bahagian 4, 5, 6 dan 8, pelajar BAcc normal track tidak dibenarkan mendaftar dalam kumpulan A,B,C dan D kerana kumpulan tersebut adalah ditetapkan untuk kumpulan fast track.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, pelajar bolehlah menghubungi saya di talian 03 55444916 mulai 28 Jun 2010. Sekiranya telefon pejabat tidak berjawab, kemungkinan pada waktu itu saya sedang menghadiri mesyuarat dan pelajar dinasihatkan untuk tidak menghubungi atau sms saya melalui telefon bimbit. Ini adalah kerana sekiranya saya tiada di pejabat, saya tidak mempunyai kemudahan untuk mengakses dalam sistem ISIS bagi membantu pelajar di dalam masalah pendaftaran. Oleh itu,saya tidak dapat membantu pelajar sekiranya pelajar menghubungi atau sms saya melalui telefon bimbit.

Mohon kerjasama semua pelajar bagi pendaftaran subjek agar kuliah dapat berjalan dengan lancar.

Monday, May 17, 2010

INTERSESI MEI 2010

Kod Kursus AUD 390 telah dibuka semula bagi Program Intersesi 2010. Jadual waktu bagi AUD 390 adalah seperti berikut:-

Masa: 10.30am - 12.30pm
Tempat: 1102

Kuliah bermula pada hari ini 18/5/2010.

Sunday, May 16, 2010

Jadual Intersesi 2010 (17 Mei - 18 Jun 2010)

Untuk makluman para pelajar, kod kursus FAR430 dan AUD 390 tidak dapat ditawarkan untuk Intersesi 2010 kerana tiada tenaga pengajar bagi kod-kod kursus tersebut. Sehubungan itu, bagi mendapatkan bayaran semula, sila rujuk kepada blog pada hari Isnin (17 Mei).

Jadual Waktu Intersesi adalah seperti berikut:-

1. AIS 630 Kumpulan A 8.15am - 10.15am Lab 4
AIS 630 Kumpulan B 10.30am - 12.30pm Lab 4

2. FAR 600 Kumpulan A 8.15am - 10.15am 0732
FAR 600 Kumpulan B 10.30am - 12.30pm 0732

3. FAR 500 Kumpulan A 8.15am - 10.15am 0740

4. AIS 510 Kumpulan A 10.30am - 12.30pm Lab 5

5. TAX 370 Kumpulan A 10.30am - 12.30pm 0701

Sila rujuk di papan kenyataan fakulti bagi senarai pelajar dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Sebarang pertukaran akan diumumkan di blog ini.

Monday, May 10, 2010

Immediate Vacancy for Accounts and Admin Officer at MRCB

Responsibilities
Assist the Head of Department on all aspect of accounts and administrative matters.

Requirements
Candidate must possess at least a Diploma, Bachelor's Degree, Professional Degree Accountancy or equivalent.
Fresh graduates are encouraged to apply.

On the job training will be provided.
A very attractive and comprehensive remuneration package will be offered to the right candidate.

If interested, please email your resume and photo to hasmadi@mmcsb.com.my

MRCB Multimedia Consortium Sdn Bhd
Level 8, Menara MRCB
No. 2, Jalan Majlis 14/10, Seksyen 14,
P.O. Box7336
407120 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 55185215/ 55185218

Sunday, May 2, 2010

Iklan Jawatan Pegawai Eksekutif (Kontrak) UiTM

Untuk makluman lanjut, sila layari alamat web berikut:-
http://Onyx.uitm.edu.my/Aktif/fyi2.nsf/pekeliling/E508851D3B4C4D1148257714000422EC?opendocument

CPA Australia Undergraduate Conference 2010

This year CPA Australia will jointly organise the Undergraduate Conference with MoneyTree on Saturday, 8th May at Monash University (Bandar Sunway).

The conference would be something no students has ever seen or experienced before as students will be trained on the process of generating commercially viable business ideas which are then presented to a panel of judges. The students would have to defend their ideas in front of the panel of judges and would subsequently pith for Prize Money.

We wish your students can form a team (10 persons per team) for this 1 day event. Each team would need to prepare a calculator, pens, marker pens and draft papers by themselves.

Part 8 students who are interested to join, kindly leave your name and contact number at the comment column.

Tuesday, April 20, 2010

Peperiksaan Akhir April 2010

Sempena peperiksaan akhir, pelajar-pelajar perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut:-

* Membawa KAD MATRIK dan SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN.
Pelajar yang GAGAL membawa dokumen tersebut TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
* Hadir di lokasi peperiksaan sekurang-kurangnya 45 minit sebelum peperiksaan bermula terutamanya didewan besar sperti DSB, Annexe dan Kompleks Sukan.
* Tidak MENIRU dalam apa jua cara sekalipun, bagi memperolehi keberkatan di dunia dan akhirat

Semoga berjaya mengharungi segala cabaran dan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Friday, April 16, 2010

PERTANDINGAN REKA CIPTA NASI LEMAK ‘TAPAU’

Penuntut IPTA/IPTS dijemput menghantar penyertaan reka cipta bekas bungkusan nasi lemak moden. Bekas ini hendaklah diperbuat daripada bahan mudah didapati, murah dan praktikal.
Pertandingan terbuka kepada semua penuntut institusi pengajian tinggi sama ada secara individu atau berkumpulan.

Sila hantarkan butiran diri beserta gambar ciptaan sebelum 21 April melalui e-mel di nlkotv9@gmail.com atau norhakimi.tv9@gmail.com
Penyertaan terbaik akan dipamerkan dan dipertandingkan di Karnival Nasi Lemak Kopi O pada 25 April 2010.

HADIAH UTAMA PS3 DAN WANG TUNAI KEPADA PEMENANG UTAMA!

Friday, April 9, 2010

Synopsis of Elective Course Codes

AUD 571 - Internal Auditing

The subject is to provide students with an overview of the development and future direction of the profession of internal auditing. The subject will focus on appreciation of the role of the internal auditor in the modern organization with specific focus on their responsibility for risk assessment and corporate governance. It will also provide a practical understanding of system based auditing and other audit approaches.

FAR 551 - International Accounting

This course provides an analysis of major issues in international accounting and reporting practices resulting from global economic expansion and integration. The national differences between various accounting systems due to the differences in the environments under which firms operate are analysed and international classification are identified. International regulation of accounting especially on the rationale, achievements and problems of harmonisation are assessed. finally the issues in international accounting are reviewed.

PSA 521 - Advanced Public Sector Accounting

This advanced paper on PSA will emphasize on the various government policies and regulations as laid down in the National Policies, National Development Policies, Administration Development Circulars, Treasury Circulars/Instructions in order to understand and appreciate the roles and functions of government and government agencies in their administrative reforms and efficient economic management in the new millennium. This paper will also introduce the government programmed and efforts in enhancing government systems/works by adopting TQM and ISO9000 for quality management and using IT and multimedia technologies towards paperless civil service and Electronic Government.

The syllabus contents are confidential.

Wednesday, April 7, 2010

Sekalung Budi

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar Fakulti Perakaunan dari normal track, fast track dan juga dari professional programmes bagi kehadiran serta kerjasama anda menjayakan Program An Evening With VC.

Penghargaan juga khasnya ditujukan kepada Fatin Fariza (AFTAS), Nasrul (ABAccs), Reza (ABAccs),Adman (APAccs), Abd Halim (Bahagian 6) Fifi & Amirul (MPP) dan semua pelajar secara langsung dan tidak langsung menjayakan program tersebut. Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan oleh semua pelajar Fakulti Perakaunan diberkati Allah swt.

Tuesday, April 6, 2010

Kod Kursus Elektif - Semester Julai-November 2010

Untuk makluman pelajar Bahagian 7, kod kursus elektif yang akan ditawarkan pada semester hadapan adalah seperti berikut:-

PSA 521 (Advanced Public Sector Accounting) - 2 kumpulan
FAR 551 (International Accounting) - 2 kumpulan
AUD 571 (Internal Auditing) - 3 kumpulan

Sila berikan nama, no matrik dan pilihan kod kursus elektif anda pada ruangan 'comment' bagi membolehkan saya mendaftar kod kursus tersebut sebelum 12 April 2010.
Tempat berdasarkan 'first come basis'.

Monday, April 5, 2010

Lawatan Naib Canselor ke Fakulti Perakaunan

Satu perjumpaan antara Naib Canselor UiTM Y. Bhg. Dato’ Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dengan pelajar-pelajar Fakulti Perakaunan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 7 April 2010 (Rabu)
Masa: 3.30 petang
Tempat: Dewan Kuliah 1
Pakaian: Mengikut Sahsiah Rupadiri Pelajar UiTM

Pelajar Fakulti Perakaunan dijemput hadir.
Minuman petang disediakan.