ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Sunday, January 3, 2010

Perkhidmatan Kaunter Pendaftaran Kursus Pelajar

Bagi membantu melicinkan perjalanan pendaftaran kursus, pihak Fakulti Perakaunan akan menyediakan kaunter perkhidmatan pendaftaran kursus pelajar seperti butiran berikut:-

Tempat:
Tingkat 12, berhadapan dengan Bilik Mesyuarat Fakulti Perakaunan

Tarikh:
4 - 6 Januari 2010

Masa :
10.00am - 1.00pm - Part 4 dan 5
2.00pm - 5.00pm - Part 6,8,9 & 10


Jenis Perkhidmatan kaunter yang disediakan:
Kaunter 1 - bagi pelajar yang tidak mempunyai masalah (pelajar mendaftar semua kursus dalam kumpulan yang sama)

Kaunter 2 & 3 - bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pendaftaran
kursus.

Para pelajar dinasihatkan agar mematuhi arahan yang diberikan bagi pendaftaran kursus seperti dibawah:-
* Jika anda mendaftar satu kursus/subjek dalam kumpulan D (sbg contoh) maka anda perlulah mendaftar kesemua subjek yang diambil dalam kumpulan yang sama (Kumpulan D)kecuali bagi mereka yang mengulang subjek (repeaters). Bagi yang repeaters, sila rujuk kepada email terdahulu kerana kumpulan subjek yang repeat telah diperuntukkan kepada anda.

* Sekiranya anda telah mendaftar dalam kumpulan yang bercampur-aduk, maka anda perlulah mengugurkan semula kursus/subjek dalam kumpulan yang bercampur-aduk itu, dan mendaftar semula dalam kumpulan yang sama. Bagi pelajar yang mengulang, anda dibenarkan untuk mengambil subjek repeat dalam kumpulan yang berlainan iaitu dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Perkara ini merupakan atas arahan Dekan Fakulti Perakaunan.

* Kumpulan A,B dan C bagi semua bahagian adalah diperuntukan untuk program Fast track. Kepada pelajar normal track yang mendaftar dalam kumpulan tersebut, sila gugurkan kursus dan mendaftar semula dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

* Setelah berjaya mendaftar kursus tersebut, anda diminta untuk mencetak salinan daftar kursus sebanyak 2 salinan, dan perlulah menyerahkan satu salinan ke kaunter 1 bagi mendapatkan pengesahan pensyarah yang bertugas. Satu salinan lagi akan disimpan oleh pelajar itu sendiri.

* Bagi pelajar yang mempunyai masalah mengenai subjek/kursus yang akan diambil pada semester ini, sila berjumpa dengan Ketua Program, Norliza Omar atau Puan Yusarina.
Waktu Konsultasi :
10.00am - 12.00 pm
2.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Bilik Makmal Tingkat 12

Perhatian:
Makmal komputer di tingkat 12 (berhadapan dengan surau) disediakan bagi pelajar yang ingin mendaftar/gugur kursus. Printer juga disediakan bagi menyenangkan pelajar mencetak 2 salinan pendaftaran kursus.

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang masalah (semua subjek didaftarkan dalam kumpulan yang sama, anda boleh terus ke kaunter 1 bagi menyerahkan satu salinan pendaftaran kursus.

Sekiranya para pelajar yang mempunyai masalah iaitu ingin menukar kumpulan yang bercampur aduk, jadual waktu yang bercanggah dan sebagainya, sila cuba untuk mendaftar subjek anda semula di makmal tingkat 12. Sekiranya masih tidak berjaya, barulah mendapatkan perkhidmatan di kaunter 2 atau 3.

Sekiranya ada pelajar yang tidak pasti mengenai subjek yang akan diambil, sila rujuk kepada saya, Norliza Omar atau Puan Yusarina terlebih dahulu. Apabila subjek yang akan diambil telah dikenalpasti, anda boleh mendaftar sendiri di makmal yang disediakan. Jika masih tidak berjaya, barulah dapatkan perkidmatan di kaunter 2 atau 3.

Perkhidmatan ini disediakan bagi memudahkan para pelajar serta ingin menjimatkan masa pelajar menunggu. Semoga para pelajar dapat mengikut arahan yang diberikan bagi memudahkan semua pihak. Kerjasama yang diberikan oleh para pelajar, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Tuesday, December 29, 2009

Makluman Terkini - Pendaftaran Kursus semester Januari - April 2010

Kursus AIS630

Bagi kumpulan AC2206P dan AC2206Q, pelajar-pelajar yang mengambil AIS630 untuk kumpulan 6P and 6Q, sila daftar dalam kumpulan masing-masing.

Kumpulan A,B dan C adalah untuk kumpulan Fast track.

Tuesday, December 22, 2009

Pendaftaran Kursus sesi Januari - April 2010

Untuk makluman para pelajar, sistem isis mengalami masalah teknikal. Sehubungan itu, para pelajar dinasihatkan untuk mencuba semula mendaftar kursus pada hari Isnin (28 Disember 2009).

Para pelajar juga diminta menyemak maklumat penting seperti berikut:-

1. Program UEM
Kumpulan : AC2204A
- Kumpulan ini dikhaskan untuk pelajar yang terlibat dengan program UEM sahaja

2. Kumpulan AC2204P
- kumpulan ini dikhaskan kepada pelajar yang repeat AUD390 sahaja

3. Kumpulan AC2206Q
- Kumpulan ini dikhaskan kepada pelajar yang repeat FAR430 sahaja

4. Kumpulan AC2208P
- Kumpulan ini dikhaskan kepada pelajar yang repeat FAR500 sahaja

Sunday, October 25, 2009

Lecturer's Evaluation Online

Makluman untuk semua pelajar,

Mulai semester ini. semua pelajar diwajibkan membuat lecturer's evaluation online. Sila ikut arahan berikut (sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas):

Step 1: Buka website UiTM dan click "Student eApplication" dan click i-learn


Step 2: Log-in menggunakan akaun student portal anda


Step 3: Pilih subjek yang berstatus incomplete


Step 4: Click butang "start evaluation"


Step 5: Jawab kesemua soalan dan klik butang "submit"


Penilaian adalah diWAJIBKAN kepada semua pelajar.

Sunday, October 18, 2009

Job Interview - Bank Negara

For UiTM Graduates, there will be a job interview at Bank Negara KL:

Date: 20 October 2009
CGPA: 3.00 & above
Contact: 012-7475399 (Puan Ayuni)
019-3982720 (Puan Wan Noraini -HEP)
*Proper attire & please bring your resume

KP

Monday, October 5, 2009

Anugerah Book Prize CPA Australia

Kepada pelajar-pelajar berikut yang terpilih menerima Anugerah Book Prize CPA Australia, sila berjumpa Puan Intan (KP Normal Track) selewat-lewatnya Rabu, 10.00 pagi, atau hubungi Puan Intan di 013-3688791:

1. Nazmiah Bt. Samsudin (terbaik FAR 400)
2. Nor Diyana Bt. Md Amin (terbaik FAR 450)
3. Kamariah Mohamad Isman (terbaik FAR 500)
4. Anwaruddin Mat Hairil (terbaik AIS 510)

Thursday, October 1, 2009

Job Vacancy: Accounts Exec

Accounts Executive
(Johor - Senai)


Requirements:
•Candidate must possess at least a Degree in Finance/Accountancy/Banking or equivalent.
•Fluent in English & good interpersonal skills.
•Experience in SAP System is an added advantage.
•Applicants must be willing to work in Senai.
•Applicants should be Malaysian citizens.
•Fresh Graduates are encouraged to apply.
Only shortlisted candidates will be notified.

Suitable candidates are strongly encouraged to apply online or submit your resume to:

The Personnel Department
Panasonic Communications (Malaysia) Sdn Bhd
PLO No. 1, Kawasan Perindustrian Senai
KB No. 104
81400 Senai
Johor
Malaysia
aini.hashim@my.panasonic.com

Wednesday, September 9, 2009

Pengesahan Tamat Praktikal

Untuk makluman semua pelajar, pengesahan tamat praktikal untuk tuntutan elaun JPA dll. hanya boleh dilakukan oleh Tuan Haji Rashid, Koordinator latihan Praktik, bukannya Ketua Program.

Harap Maklum

Tuesday, August 4, 2009

Invention, Innovation & Design Competition 2009


Accounting Research Institute (ARI) dan Fakulti Perakaunan akan mengadakan pertandingan Invention, Innovation and Design (IID) peringkat Fakulti pada 28 & 29 September 2009 bertempat di ruang legar tingkat 12, Fakulti Perakaunan.

Semua pelajar dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Sebarang idea/produk rekacipta anda (cth: accounting games, CGPA planner, etc.) boleh dipertandingkan sama ada secara individu atau berkumpulan.

Pelajar yang berjaya dalam pertandingan peringkat Fakulti seterusnya akan mewakili Fakulti ke peringkat UiTM dalam pertandingan IID UiTM, Januari 2010. Kejayaan di peringkat UiTM akan melayakkan peserta untuk ke pertandingan peringkat kebangsaan (ITEX, MTE, PECIPTA etc.) dan antarabangsa (Geneva, Pittsburgh, Seoul etc.).

Borang penyertaan boleh di perolehi di pejabat akademik Fakulti Perakaunan (Tingkat 11) ataupun di bilik Ketua Program. Borang yang telah siap diisi hendaklah di pulangkan kepada Ketua Program: Puan Intan (Normal Track), En. Ezrien (Fast Track) sebelum 31 Ogos 2009.
Harap Maklum

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2009 (Kelolaan JPA)

Bidang: Sarjana dan PhD di dalam dan luar negara
Keterangan, syarat dan borang permohonan boleh di dapati (mulai 24 Ogos 2009)di:
www.jpa.gov.my
http://esila.jpa.gov.my

Pertanyaan:
03-88853436/3892
E-mail esila@jpa.gov.my

Sunday, August 2, 2009

MICPA

Kepada Semua Pelajar
PART 6 (Fast Track @ Normal Track)
Yang Berminat Untuk Mengikuti

“PROGRAM MICPA”

Pada Semester Januari 2010
Sila Ambil Dan Hantar
Borang Permohonan
Pada/Sebelum 10 Ogos 2009

Di Kaunter Pejabat Tingkat 14
*** NOTA: Bagi pelajar yang mendapat CGPA > 3.3, pihak PETRONAS sedia untuk membiayai pengajian program MICPA.

FAR 265 DAIS Semester 3

Mesyuarat Lembaga Akademik Fakulti berkaitan pengecualian kredit telah memustuskan bahawa mulai semester ini, FAR 265 diberikan pengecualian kredit kepada pelajar lepasan DAIS kemasukan JUlai 2009. Harap Maklum.