ABACCS

ABACCS
Dari Fakulti Perakaunan UiTM

Pages

Thursday, January 28, 2010

BEL492 Kumpulan AC2204H

Berkuatkuasa dengan serta merta, jadual waktu bagi kod kursus BEL492, kumpulan AC2204H telah ditukar seperti butiran berikut:-


Jadual Waktu Lama : Jumaat - 8.30-10.30 am
Bilik : Kenanga 4, BK 13

Jadual Waktu Baru : Jumaat - 10.30am - 12.20pm
Bilik : Kenanga 4, BK 13

Pensyarah : Mr Alfred

Wednesday, January 27, 2010

FIN610 AC2208J, AC2208K & AC2208N

Untuk makluman pelajar, kumpulan FIN610 tersebut telah ditutup. Sehubungan itu, para pelajar yang telah mendaftar dalam kumpulan tersebut, sila berpindah ke kumpulan AC2208L, AC2208M DAN AC2208P atau mana-mana kumpulan lain.

PENDAFTARAN BAGI PELAJAR YANG MENUMPANG KELAS PLK

Pelajar-pelajar yang menumpang kelas PLK, sila mendaftar kod kursus berkenaan bagi kumpulan yang telah disenaraikan seperti berikut:-

AC2204Q
MAF410
QMT429

ACC2205A
TAX480

AC2205J
LAW485
ECO555
MAF490
FAR450
TAX370
MGT536

AC2206R
MAF620
FAR500
CRG520
CRG530

AC2208P
MAF640
AIS630

Tuesday, January 19, 2010

Pendaftaran Kursus dan Jadual Waktu

Tarikh akhir pendaftaran kursus telah ditunda ke 1 Februari 2010. Walau bagaimanapun, para pelajar dinasihatkan agar dapat menyelesaikan urusan pendaftaran mereka sebelum 25 Januari 2010 agar segala urusan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

FAR600 AC2208P
Untuk makluman pelajar, slot FAR 600, kumpulan 8P sebenarnya wujud tetapi tidak keluar didalam sistem ISIS (sistem failure)dan pelajar yang ingin mengikuti kumpulan ini slot dalam jadual waktu adalah seperti berikut:-
Rabu : 10.30am - 12.30pm
Khamis : 8.30am - 10.30am

FIN630
Kumpulan 8J, 8K & 8N
Slot bagi kumpulan tersebut telah berubah kepada hari Jumaat, jam 3pm - 5pm, bertempat di bilik AC802

Wednesday, January 13, 2010

Kursus CRG 520, kumpulan 4P

Satu perjumpaan akan diadakan dengan semua pelajar tersebut pada 14 Januari 2010(Khamis), jam 12.30 tengah hari, bertempat di Dewan Kuliah 1. Harap maklum.

Tuesday, January 12, 2010

Money Tree Talk

There will be a talk on Money Tree Business Game to enhance students' business skills.
The following students are required to attend the following sessions:-

13 January 2010(Wednesday)- Part 8 students - DK 1
14 January 2010 (Thursaday) - Part 5&6 students - DK 3

Time: 12.15pm - 1.15pm (Lunch is provided)

Attendance is compulsory.

Kumpulan 4P

Adalah diingatkan bahawa kumpulan ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar lepasan DAIS/DIB/DBS. Sehubungan itu, pelajar-pelajar yang tidak berkenaan, sila daftarkan dalam kumpulan lain. Sekiranya para pelajar enggan memberi kerjasama maka Ketua Program dan juga Koordinator tiada mempunyai pilihan selain daripada mengeluarkan nama-nama pelajar matrikulasi dari sistem. Para pelajar yang telah dikeluarkan terpaksa mencari kumpulan yang lain. Mohon kerjasama dari para pelajar dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Makluman untuk Pelajar-pelajar baru Bahagian 3 & 4 semester Januari-April 2010

Pelajar-pelajar yang baru mendaftar di bahagian 3 dan 4, pendaftaran kursus telah dibuat oleh Ketua Program. Sehubungan itu, para pelajar tersebut tidak dibenarkan sama sekali untuk menukar pendaftaran yang telah dibuat pada sistem. Sila semak semula pendaftaran kursus dan anda bolehlah mengikuti kuliah pada slot kumpulan yang telah didaftarkan.

Pelajar Lepasan DIA Bahagian 4
Terdapat perubahan didalam kumpulan pelajar iaitu pelajar-pelajar berikut ditempatkan didalam kumpulan AC2204K:-

1. Abdul Rahman Mohd Raidzoh
2. Ainun Mardhiah Mohamad Saufi
3. Nora Daud
4. Nur Fadilah Abdul Mutalib
5. Nurhidayah Abdul Latiff
6. Siti Nur Amirah Md. Nor
7. Siti Sarah Mustafa
8. Suryati Ibrahim
9. Syarifah Zahrah Humairah Syed Mohs

Sila ikuti kuliah mengikut jadual kumpulan AC2204K berkuatkuasa dengan serta merta.

Pelajar Lepasan Politeknik/KPM/BS/DIB Bahagian 3
Terdapat perubahan didalam kumpulan pelajar tersebut. Sila semak dalam sistem isis bagi menentukan kumpulan yang telah ditetapkan oleh Ketua Program.
Bagi pelajar-pelajar berikut, kursus PSA420 ditempatkan didalam kumpulan AC2204E:-
1. Norashikin Osman
2. Siti Nuraini Saari
3. Siti Sarah Ismail

Pelajar Lepasan DAIS Bahagian 3
Pendaftaran kursus bagi pelajar-pelajar tersebut akan dibuat degan secepat mungkin oleh Ketua Program.

Sunday, January 10, 2010

Perhatian untuk semua pelajar

Bagi melancarkan urusan pendaftaran kursus, para pelajar dinasihatkan supaya mematuhi segala arahan yang diberikan dan menghormati kumpulan-kumpulan yang telah dikhaskan untuk pelajar-pelajar tertentu. Sila rujuk kepada makluman-makluman terdahulu.
Kerjasama para pelajar amatlah dihargai.

Thursday, January 7, 2010

Pelajar sepenuh masa yang menumpang di kelas PLK

Bagi pelajar-pelajar tersebut, sila serahkan satu salinan surat yang telah mendapat kebenaran dari En Adnan kepada saya bagi menguruskan pendaftaran subjek pelajar selewat-lewatnya pada 13 Januari 2010. Sekiranya pelajar gagal untuk menyerahkan salinan surat tersebut, maka anda tidak dibenarkan untuk menumpang dikelas PLK.

Pelajar-pelajar berikut sila berjumpa dengan saya pada hari Isnin (11 Januari 2010):-

1. Siti Zabedah Mohamad Yusob (2007289384)
2. Nur Asilah Kamarudin (2007289378)

Kursus TAX320 dan LAW485

Satu lagi kumpulan bagi kursus TAX320 dan LAW485 akan dibuka. Slot masa akan dimaklumkan dengan secepat mungkin. Oleh itu, pelajar yang tidak dapat mendaftar dalam kursus-kursus tersebut kerana kumpulan sudah penuh, diminta supaya bertenang kerana kami akan wujudkan kumpulan yang baru.

Wednesday, January 6, 2010

Pengumuman Untuk Kumpulan AC220 5G dan 5D

Kumpulan ini adalah dikhaskan untuk pelajar-pelajar lepasan DAIS/DIB/DBS sahaja. Pelajar-pelajar SELAIN lepasan DAIS/DIB/DBS yang telah mendaftar di kumpulan AC220 5G sila mendaftar di kumpulan lain.

Kumpulan AC2205D adalah diperuntukkan untuk program Fast Track. Mohon maaf diatas kesulitan yang timbul kerana saya baru dimaklumkan mengenai perkara ini.

BEL 492 KUMPULAN AC220 4L

Dimaklumkan bahawa jadual bagi subjek BEL 492 Kumpulan AC220 4L telah bertukar ke JUMAAT pukul 10.30 - 12.00 di BILIK KENANGA 4 BK8

Puan Norliza Omar

Perjumpaan dengan Pelajar-Pelajar Lepasan DAIS/DIB/DBS Bahagian 4 Semester Januari-April 2010

Satu perjumpaan dengan para pelajar lepasan DAIS/DIB/DBS bahagian 4 semester ini (bahagian 3 pada semester lepas)akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 7 Januari 2010 (Khamis)
Tempat : Dewan Kuliah 3
Masa : 12.30 pm

Kedatangan adalah diwajibkan.

Info Terkini bagi Pendaftaran Kursus

Terdapat beberapa perubahan serta maklumat penting mengenai jadual waktu serta penambahan kumpulan dan kursus seperti berikut:-

1) Kumpulan AC2205H
Tiada perubahan pada jadual waktu yang dipamerkan. Walaubagaimanapun, terdapat masalah teknikal dengan pendaftaran kursus TAX490 dan IBM535 bagi AC2205H.
Oleh itu, pelajar yang ingin mendaftar TAX490 dan IBM535 didalam kumpulan AC2205H, anda dibenarkan mendaftar secara manual dengan mengisi borang yang ditempatkan di Makmal Komputer Tingkat 12 dan sila hadirkan diri ke kelas-kelas tersebut dengan dengan serta merta.

2) FAR500
Sebanyak tiga kumpulan tambahan telah dibuka bagi kursus FAR500 iaitu kumpulan AC2208G, AC2208N dan AC2208P.
Jadual waktu bagi kumpulan tersebut boleh diakses melalui sistem icress
(sekiranya berfungsi dengan baik)dan ditampal di papan notis kenyataan Fakulti.
Pelajar-pelajar yang belum menduduki/mengulang FAR500, sila daftar dalam salah satu kumpulan diatas untuk semua subjek Part 8.

3) Kumpulan AC2204H
Kumpulan ini adalah dikhaskan untuk pelajar yang menduduki BEL 432.
Kepada pelajar yang tidak mengambil kursus BEL432, anda dikehendaki daftar ke kumpulan lain.

4) AC2204P
Kumpulan ini dikhaskan kepada pelajar-pelajar lepasan DAIS/DIB/DBS. Sekiranya anda tidak tergolong didalam kumpulan ini dan telah pun mendaftar didalam kumpulan ini, sila daftar di kumpulan yang lain. (sila rujuk pengumuman yang terdahulu)

5) Kursus MAF620
Sebanyak dua kumpulan tambahan telah dibuka bagi kursus MAF620 iaitu kumpulan AC2206P dan AC2206Q.Bagi mengelakkan pertindihan jadual waktu, pelajar dikehendaki mendaftar semua subjek dalam kumpulan AC2206P dan AC2206Q.

6) Kursus FAR315
Kumpulan AC2204P telah dibuka bagi kursus FAR315.Bagi mengelakkan pertindihan jadual waktu, pelajar dikehendaki mendaftar semua subjek dalam kumpulan AC2204P.

Saya ingin memohon maaf diatas segala kesulitan yang berlaku. Kerjasama yang diberikan oleh para pelajar amatlah dihargai.

Tuesday, January 5, 2010

Pemberitahuan Penting - Pendaftaran Kursus bagi Bahagian 4

Pihak Fakulti sedang mengalami gangguan sistem bagi pendaftaran kursus untuk pelajar-pelajar lepasan diploma yang tidak dapat mendaftar kursus secara online. Sehubungan itu, pihak fakulti terpaksa memohon para pelajar membuat pendaftaran seperti berikut:-

Kumpulan A,B dan C adalah untuk pelajar-pelajar Fast track

Kumpulan D dan E adalah untuk pelajar-pelajar lepasan DIA (pelajar yang baru mendaftar masuk pada 2 Januari lepas)

Kumpulan F,G,H,I,J,K,L,M,N,P adalah untuk lepasan matrikulasi dan lepasan DIB/DBS/DAIS.


Sekiranya ada pelajar matrikulasi yang telah mendaftar di kumpulan D & E, sila mendaftar semula pada kumpulan yang ditetapkan seperti diatas.
Bagi kumpulan D dan E, senarai nama akan diumumkan secepat mungkin. Sila semak pengumuman yang akan diumumkan di blog ini.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sunday, January 3, 2010

Kuliah Bermula pada 4 Januari 2010

Sekadar peringatan, kuliah bermula pada 4 Januari 2010. Selamat kembali ke Fakulti Perakaunan.

Perkhidmatan Kaunter Pendaftaran Kursus Pelajar

Bagi membantu melicinkan perjalanan pendaftaran kursus, pihak Fakulti Perakaunan akan menyediakan kaunter perkhidmatan pendaftaran kursus pelajar seperti butiran berikut:-

Tempat:
Tingkat 12, berhadapan dengan Bilik Mesyuarat Fakulti Perakaunan

Tarikh:
4 - 6 Januari 2010

Masa :
10.00am - 1.00pm - Part 4 dan 5
2.00pm - 5.00pm - Part 6,8,9 & 10


Jenis Perkhidmatan kaunter yang disediakan:
Kaunter 1 - bagi pelajar yang tidak mempunyai masalah (pelajar mendaftar semua kursus dalam kumpulan yang sama)

Kaunter 2 & 3 - bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pendaftaran
kursus.

Para pelajar dinasihatkan agar mematuhi arahan yang diberikan bagi pendaftaran kursus seperti dibawah:-
* Jika anda mendaftar satu kursus/subjek dalam kumpulan D (sbg contoh) maka anda perlulah mendaftar kesemua subjek yang diambil dalam kumpulan yang sama (Kumpulan D)kecuali bagi mereka yang mengulang subjek (repeaters). Bagi yang repeaters, sila rujuk kepada email terdahulu kerana kumpulan subjek yang repeat telah diperuntukkan kepada anda.

* Sekiranya anda telah mendaftar dalam kumpulan yang bercampur-aduk, maka anda perlulah mengugurkan semula kursus/subjek dalam kumpulan yang bercampur-aduk itu, dan mendaftar semula dalam kumpulan yang sama. Bagi pelajar yang mengulang, anda dibenarkan untuk mengambil subjek repeat dalam kumpulan yang berlainan iaitu dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Perkara ini merupakan atas arahan Dekan Fakulti Perakaunan.

* Kumpulan A,B dan C bagi semua bahagian adalah diperuntukan untuk program Fast track. Kepada pelajar normal track yang mendaftar dalam kumpulan tersebut, sila gugurkan kursus dan mendaftar semula dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

* Setelah berjaya mendaftar kursus tersebut, anda diminta untuk mencetak salinan daftar kursus sebanyak 2 salinan, dan perlulah menyerahkan satu salinan ke kaunter 1 bagi mendapatkan pengesahan pensyarah yang bertugas. Satu salinan lagi akan disimpan oleh pelajar itu sendiri.

* Bagi pelajar yang mempunyai masalah mengenai subjek/kursus yang akan diambil pada semester ini, sila berjumpa dengan Ketua Program, Norliza Omar atau Puan Yusarina.
Waktu Konsultasi :
10.00am - 12.00 pm
2.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Bilik Makmal Tingkat 12

Perhatian:
Makmal komputer di tingkat 12 (berhadapan dengan surau) disediakan bagi pelajar yang ingin mendaftar/gugur kursus. Printer juga disediakan bagi menyenangkan pelajar mencetak 2 salinan pendaftaran kursus.

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang masalah (semua subjek didaftarkan dalam kumpulan yang sama, anda boleh terus ke kaunter 1 bagi menyerahkan satu salinan pendaftaran kursus.

Sekiranya para pelajar yang mempunyai masalah iaitu ingin menukar kumpulan yang bercampur aduk, jadual waktu yang bercanggah dan sebagainya, sila cuba untuk mendaftar subjek anda semula di makmal tingkat 12. Sekiranya masih tidak berjaya, barulah mendapatkan perkhidmatan di kaunter 2 atau 3.

Sekiranya ada pelajar yang tidak pasti mengenai subjek yang akan diambil, sila rujuk kepada saya, Norliza Omar atau Puan Yusarina terlebih dahulu. Apabila subjek yang akan diambil telah dikenalpasti, anda boleh mendaftar sendiri di makmal yang disediakan. Jika masih tidak berjaya, barulah dapatkan perkidmatan di kaunter 2 atau 3.

Perkhidmatan ini disediakan bagi memudahkan para pelajar serta ingin menjimatkan masa pelajar menunggu. Semoga para pelajar dapat mengikut arahan yang diberikan bagi memudahkan semua pihak. Kerjasama yang diberikan oleh para pelajar, saya dahului dengan ucapan terima kasih.